Sambutan Hari Guru Smk Bidor Tahun 2025 Guru
SAMBUTAN HARI GURU SMK BIDOR TAHUN 2025
"GURU PEMACU REFORMASI PENDIDIKAN"
Tarikh: 16 Mei 2025
Tempat: SMK Bidor
Tema pakaian guru: Back to School
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru SMK Bidor. Tema yang dipilih pada tahun ini, iaitu "Back to school" telah memeriahkan lagi suasana sambutan hari guru di sekolah.
Pelbagai aktiviti seperti sukaneka dan persembahan-persembahan murid dan juga persembahan daripada guru-guru telah dipertontonkan kepada semua warga sekolah.
Terima kasih cikgu-cikgu yang banyak mencurahkan ilmu kepada murid-murid SMK Bidor. Guru bukan sekadar pengajar, tetapi juga membina insan. Semoga segala jasa dan pengorbanan dibalas dengan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT, diberi kesihatan yang baik, ketenangan jiwa dan kebahagiaan yang berpanjangan di di dunia dan di akhirat.
SELAMAT HARI GURU...
#bersatumenujukecemerlangan
#smkbidor
#selamathariguru
#wargapendidik