Program Halatuju Murid Islam Dan Murid Orang Asli

Program Halatuju Murid Islam Dan Murid Orang Asli

Program Halatuju Murid Islam dan Murid Orang Asli serta Motivasi Keibubapaan SMKB anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Tarikh: 11 April 2025 (Jumaat)
Tempat: Dewan Terbuka SMK Bidor

Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh YBrs Dato' Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Haji Dusuki, Pengerusi MARA. Terima kasih Dato'/ Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan yang turut hadir bersama CEO MARA, Pengerusi YPM Negeri, PK MB, JPN, PPD Batang Padang dan lain-lain yang hadir bagi menyantuni murid-murid SPM SMK Bidor.

Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah, Puan Nurul Anisah binti Ishahak, Pen. Pengarah Seksyen Pengambilan Pelajar KPTM Ipoh yang sudi memberi maklumat mengenai laluan pengajian kepada murid-murid dan Tuan Mohd Isa bin Chik, selaku Pengarah Kanan Bahagian Latihan dan Kepimpinan YPM yang sudi menyampaikan ceramah "keibubapaan" kepada ibu bapa dan murid-murid SPM SMK Bidor.

Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi manfaat yang berguna dan menjadi pembakar semangat kepada semua pihak terutamanya murid-murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

#smkbidor
#bersatumenujukecemerlangan
#YPM